• Gambar sebenar telefon Nokia Android tersebar


    13 Januari 2014 - Khabar angin kemunculan Nokia Normandy yang menggunakan sistem operasi Android kian tersebar meluas di Internet kerana jika benar, ia merupakan telefon pintar Nokia yang pertama menggunakan sistem operasi berkenaan. Sudah pasti peminat Nokia tidak sabar menantikan pengesahan daripada Nokia sendiri berkenaan khabar angin berkenaan. Ini kerana sudah lama mereka menantikan sebuah telefon berasaskan Android yang diselarikan dengan spesifikasi teknologi daripada Nokia terutamanya di bahagian kamera.

    Walau bagaimanapun, menurut Windows Phone Central, Nokia Normandy ini berkemungkinan besar tidak mempunyai spesifikasi yang tinggi seperti Nokia Lumia sebelum ini kerana tujuan utama telefon berkenaan dihasilkan adalah untuk menggantikan keluarga Nokia Asha. Untuk mengekalkan sistem operasi yang digunakan oleh Asha pada masa kini dijangka bakal lebih mencabar pada tahun 2015 berikutan kekurangan sokongan daripada pembangun aplikasi.


    Terdapat juga andaian yang mengatakan Nokia Normandy merupakan 'Plan B' bagi Nokia sekiranya kerjasama yang terjalin antara syarikat berkenaan dengan Microsoft tidak berhasil. Buat masa ini, tarikh kemunculan Nokia Normandy masih lagi menjadi misteri dan tiada sebarang komen yang telah diberikan oleh Nokia berkenaan produk berkenaan.

    Sumber gambar : Evleaks dan Windows Phone Central
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain