• Huawei Ascend W3 Windows Phone akan diperkenalkan minggu ini


    6 Januari 2014 - CES 2014 bakal bermula pada 7 Januari sehingga 10 Januari 2014 di Las Vegas Convention Centre, Amerika Syarikat. Pada tarikh-tarikh tersebut, pihak Huawei dijangkakan bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar berasaskan Windows Phone dengan nama Huawei Ascend W3. Menariknya telefon ini dikatakan bakal menjadi telefon Windows Phone kedua yang memiliki binaan badan aluminium setelah Nokia Lumia 925. Kegilaan menggunakan binaan telefon pintar berasaskan logam ini kelihatan kian meningkat di kalangan para pengguna yang menginginkan sesuatu yang lebih elegan dan tampak profesional. Huawei Ascend W3 bakal memiliki paparan 780 x 1280.


    Telefon ini balal menggunakan kemaskini ketiga Windows Phone dan dijangka boleh dikemaskini kepada Windows Phone versi terbaru tidak lama lagi. Pihak Microsoft dikatakan di dalam perancangan untuk melancarkan kemaskini terbaru Windows Phone pada awal bulan Februari. Penambahan syarikat pengeluar yang menghasilkan telefon Windows Phone seperti Sony, HTC, Nokia dan Samsung sudah pasti akan membawa sistem operasi ketiga paling popular itu ke suatu aras yang baru.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain