• Kadar penembusan Android KitKat masih rendah di seluruh dunia


    15 Januari 2014 - Walaupun telah diperkenalkan beberapa bulan yang lalu, kadar penembusan kemaskini Android KitKat masih lagi rendah di seluruh dunia di mana hanya 1.4 peratus pengguna yang telah mula menggunakan sistem operasi berkenaan. Informasi terkini yang diterima dari Google menunjukkan pengguna masih lagi menggunakan Android JellyBean dengan kadar penembusan sebanyak 59.1 peratus. Pada bulan lalu, ia menunjukkan angka 54.5 peratus. Dianggarkan terdapat lebih 1 billion unit telefon Android telah diaktifkan di seluruh dunia buat masa ini.


    Kadar penggunaan Android KitKat masih di tahap rendah berikutan kekurangan sokongan daripada pengeluar telefon pintar seperti Sony, Samsung dan HTC untuk mengemaskini produk mereka. Buat masa ini, kemaskini KitKat hanya boleh digunakan pada telefon versi Google seperti Nexus. Pada tahun ini, dijangkakan akan terdapat lebih banyak telefon Android yang bakal menerima kemaskini KitKat. Antaranya adalah Samsung Galaxy Note 3, HTC One Mini, HTC One Max dan LG G2.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain