• Kemaskini terbaru iOS 7.1 kini dalam format Beta


    8 Januari 2014 - Apple telah mengeluarkan kemaskini terbaru iOS 7.1 untuk para pembangun dalam format Beta sebelum diperkenalkan kepada semua pengguna di seluruh dunia. Kemaskini ini memperlihatkan pembaikan beberapa pepijat yang sedia ada serta perubahan minimal pada rupa iOS 7. Secara amnya, warna iOS 7.1 adalah lebih malap berbanding kemaskini sebelumnya. Ini berkemungkinan untuk mengurangkan kadar penggunaan bateri pada iPhone, iPad dan iPod Touch.

    Papan Kekunci Maya: Terdapat sedikit perubahan pada papan kekunci maya iOS 7.1 di mana ia kelihatan lebih gelap dan butang kekunci yang lebih besar bagi memudahkan pengguna menaip dengan pantas. Sebelum ini, papan kekunci maya pada iOS 7 adalah lebih tirus dan memanjang.

    iOS 7.01 di kiri dan iOS 7.1 di kanan
    Ikon: Warna ikon Phone, Messages dan Facetime yang berwarna hijua juga telah dimalapkan sedikit dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan penggunaan cahaya pada peranti iOS. Pengguna mungkin tidak akan perasan perubahan pada warna sekiranya tidak dibandingkan secara bersebelahan.

    iOS 7.1 di atas dan iOS 7.01 di bawah
    Panggilan: Perubahan paling ketara boleh dilihat pada aplikasi Phone di mana rekaannya lebih minimal dan mudah. Terdapat penambahan ikon Decline yang ketara padanya bagi memudahkan pengguna menolak sesuatu panggilan. Sebelum ini, ikon Accept dan Decline direka dalam bentuk segi empat dan kini digantikan dalam bentuk bulat. Pad dial juga telah digelapkan sedikit di dalam kemaskini terbaru ini.



    Penutupan (Shut Down): Ketika memadamkan iOS, pengguna juga boleh melihat perubahan pada rekaan grafiknya di mana ia tidak lagi menggunakan kotak merah dan kini digantikan dengan ikon penutup yang lebih kemas dan tampak bergaya.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain