• [Konsep] Gambaran awal jam tangan pintar Nokia Lumia

    20 Januari 2014 - Seorang pereka grafik digital telah menghasilkan gambaran awal beliau bagi jam tangan pintar Nokia Lumia yang dikatakan sedang diusahakan oleh syarikat gergasi berkenaan. Rekaan ini dibuat berdasarkan illustrasi serta gambar konsep yang dikongsikan oleh beberapa blog daripada China sebelum ini.

    Pereka grafik ini cuba membayangkan jam tangan Nokia Lumia yang hanya mempunyai skrin yang minimal dengan tujuan untuk menjimatkan penggunaan tenaga di samping mampu memberikan mesej notifikasi terkini kepada penggunanya. Konsep jam tangan pintar ini juga ringkas dan elegan sesuai dengan rekaan telefon-telefon Nokia sebelum ini.

    Nokia belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan jam tangan pintar ini namun mereka tidak menolak sebarang kemungkinan untuk menyertai penghasilan teknologi yang boleh dipakai pada badan manusia. Mungkinkah Nokia juga sedang membangunkan teknologi kaca mata seperti Google Glass?

    Sumber gambar : PhoneDesigner

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain