• Maria Sharapova menjadi duta rasmi Celcom Elite First

    Maria Sharapova menjadi duta rasmi Celcom Elite First

    28 Januari 2014 - Buat pertama kalinya, Celcom telah mengambil pemain tennis antarabangsa terkenal, Maria Sharapova sebagai duta rasmi produk mereka iaitu Celcom Elite First. Maria Sharapova merupakan pemain tennis daripada Rusia yang telah memenangi kejuaraan Grand Slam sebanyak 4 kali. Pengambilan beliau sebagai duta rasmi bagi produk terbaru Celcom ini merupakan suatu inisiatif untuk menunjukkan perkhidmatan eksklusif yang ditawarkan termasuklah:
    • Khidmat panggilan pelanggan peribadi dengan beberapa perunding perkhidmatan yang berdedikasi di Blue Cube.
    • Menjadi antara yang pertama untuk menempah dan memiliki peranti terkini pada hari pelancaran.
    • Berpeluang untuk memilih nombor telefon yang diingini.
    Selain daripada itu, 1000 pelanggan Celcom Elite First yang pertama akan mendapat ruang meletak kenderaan yang dikhaskan di Blue Cube yang terpilih. 

    Maria Sharapova - Tennis

    Menurut Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pengurusan Celcom, "Sharapova adalah personaliti yang sangat dihormati di seluruh dunia dan sinonim dengan kecantikan, kelas dan karismanya. Pelantikannya sebagai ikon Celcom First Elite bukan sahaja melambangkan pelan berkenaan sebagai perkhidmatan kelas pertama tetapi juga selari dengan pelanggan Celcom yang mengagumi daya tahan beliau, gaya serta keanggunannya yang memikat".

    Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi pihak Celcom secara terus atau hadir ke Blue Cube yang berhampiran untuk mendaftarn.

    Maklumat lanjut, sila layari laman Celcom di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain