• Maxis tawarkan nombor 012-XXXX 888 bersempena Tahun Baru Cina


    27 Januari 2014 - Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, pihak Maxis telah menawarkan sesuatu yang menarik khas buat pelanggan baru mereka. Pengguna berpeluang untuk mendapatkan nombor 012-XXXX 888 dengan setiap pendafataran pelan Maxis berikut:
    • SurfMore 75
    • TalkMore 78
    • iValue 1 (tertakluk dengan pembelian telefon pintar kontrak 24 bulan)
    • iValue 2 (tertakluk dengan pembelian telefon pintar kontrak 24 bulan)
    • iValue 3 (tertakluk dengan pembelian telefon pintar kontrak 24 bulan)
    • TalkMore 48 (tertakluk dengan pembelian telefon pintar kontrak 24 bulan)

    Promosi yang diperkenalkan oleh Maxis ini sememangnya menarik kerana ramai di kalangan pengguna berbangsa Cina amat gemar untuk memiliki nombor yang 'ong' (bertuah) ini. Tawaran ini bermula pada 16 Januari sehingga 28 Februari 2014 dan tertakluk kepada ketersediaan nombor-nombor berkenaan.

    Maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Maxis di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain