• Moto G kini boleh didapatkan secara percuma melalui DiGi


    27 Januari 2013 - Motorola Moto G kian mendapat perhatian di kalangan pengguna di Malaysia baru-baru ini oleh kerana warnanya yang menarik serta harganya yang rendah walaupun memiliki cip pemprosesan empat teras Cortex A7. Sehubungan dengan itu, pihak DiGi telah menawarkan Moto G secara percuma buat pengguna yang mengambil pelan DG SmartPlan 88 selama 24 bulan kontrak.

    Buat masa ini, DiGi hanya menawarkan Moto G yang berwarna hitam sahaja dengan saiz storan dalaman sebesar 8GB. Telefon Motorola ini mempunyai skrin 4.5 inci dengan teknologi paparan IPS untuk menghasilkan gambar yang lebih berkualiti dan jelas. Ia menggunakan Android 4.3 JellyBean di samping dilengkapi dengan kamera 5 megepiksel. 


    Harga rasmi Motorola Moto G di pasaran Malaysia buat masa ini adalah RM 698 bagi 8GB dan RM 798 untuk 16GB. Bagi yang berminat dengan pelan yang ditawarkan oleh DiGi, anda boleh layari laman rasmi mereka di sini
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain