• Nokia memperkenalkan sistem perfailan untuk Windows Phone


    11 Januari 2014 - Nokia telah melancarkan kemaskini terbaru Nokia Lumia Black untuk semua pengguna telefon Lumia 1020 dan 925. Kemaskini terbaru khas untuk pengguna Nokia ini didatangkan bersama dengan sistem perfailan (folder) seumpama yang terdapat pada iOS dan Android pada ketika ini. Pengguna boleh menyimpan banyak aplikasi di dalam satu fail di bahagian Menu Utama Windows Phone 8 untuk susunan aplikasi yang lebih teratur dan efisyen. Walau bagaimanapun, pengguna Nokia Lumia yang lain dijangka bakal menerima kemaskini berkenaan dalam beberapa minggu lagi.


    Kemaskini Nokia Lumia Black juga menampilkan kemaskini ketiga untuk Windows Phone 8 di mana ia membawakan fungsi kunci putaran, nada mesej peribadi, serta mod pemanduan (Driving Mode) terbaru yang mengurangkan kadar notifikasi yang diterima ketika memandu. Aplikasi-aplikasi yang telah dibuka juga kini boleh ditutup bagi memastikan ketahanan bateri yang lebih lama.


    Bagi yang ingin mencuba sistem perfailan terbaru daripada Nokia, anda boleh memuat turun aplikasi ini di Windows Phone Store.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain