• Pengguna iPad boleh mengawal permainan tanpa wayar melalui Stratus


    6 Januari 2014 - Sebuah lagi pengeluar pengawal permainan popular, SteelSeries, telah memperkenalkan pengawal yang boleh digunakan bersama iPad, iPhone serta iPod Touch tanpa perlu dipasangkan pada peranti berkenaan. Pengawal permainan yang diberi nama Stratus ini beroperasi tanpa wayar di dihubungkan pada peranti iOS melalui hubungan Bluetooth. Ini merupakan pengawal permainan pertama yang boleh digunakan bersama-sama iPad sejak Logitech dan Moga memperkenalkan pengawal yang hanya boleh digunakan pada iPhone sahaja.


    Dari segi rupa luaran, Stratus kelihatan seperti sebuah pengawal permainan biasa yang terdapat pada Xbox dan PlayStation. Terdapat dua pengawal Analog, sebuah D-pad, empat muka butang kekunci dan dua butang kawalan trigger. Oleh kerana ia adalah sebuah peranti tanpa wayar, Stratus mempunyai bateri sendiri dan boleh bertahan sehingga 10 jam bergantung kepada jenis permainan yang dimainkan. Hampir sama seperti sebuah PlayStation 3 dan 4, terdapat empat LED pada Stratus bagi menunjukkan karektar yang sedang dikawal oleh pemain tersebut. Pengawal permainan ini tidak boleh digunakan untuk mengecas bateri iPad, iPhone mahupun iPod Touch.


    Penambahan alat kawalan permainan untuk gajet mudah alih boleh dikatakan sebagai pesaing baru buat pengeluar konsol permainan yang sedia ada. Mungkin kualiti grafik dan permainan yang disajikan tidaklah sehebat yang terdapat pada Xbox dan PlayStation, namun ia adalah suatu pilihan sekiranya pengguna tidak mampu untuk memiliki kedua-dua gajet di dalam satu masa.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain