• Polaroid C3 - Kamera digital kecil berbentuk seperti dadu


    7 Januari 2014 - Nampaknya semakin banyak kamera kecil yang cuba diperkenalkan sejak akhir-akhir ini setelah kejayaan yang dikecapi oleh GoPro. Polaroid telah memperkenalkan sebuah kamera kecil berbentuk kuib yang diberi nama C3. Kamera mini ini tidak boleh dipandang rendah kerana ia mampu mengambil video dan gambar aktiviti-aktiviti dengan mudah kerana saiznya yang kecil dan ringan. C3 hanya bersaiz 35mm sahaja dan dijangka akan dijual pada harga USD99 (RM325).


    Kamera C3 daripada Polaroid ini mampu mengambil gambar dari lensa 5 megapiksel berkeluasan 120 darjah dan merekod video berdefinasi tinggi (HD) dengan resolusi 1280 x 728 dan 640 x 580. Ia mungkin tidaklah sehebat GoPro yang mampu merekod video dalam format 4K namun ia sesuai bagi mereka yang gemarkan sesuatu yang berlainan daripada yang biasa. Rupa luaran kamera C3 ini sangat comel dan dijangka akan menjadi kegemaran anak-anak muda. Ia juga kalis air dan mampu pergi sehingga kedalaman 2 meter. Terdapat 2MB storan dalaman dan boleh ditambah kepada 32GB melalui slot microSD.

    Kelemahan utama pada kamera ini adalah ia tidak sambungan WiFi mahupun Bluetooth. Oleh itu, pengguna tidak dapat menghantar gambar dan video yang telah ditangkap kepada telefon pintar dengan pantas. Penghantaran gambar hanya boleh dilakukan melalui kad microSD.


    *Sumber gambar : The Verge
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain