• Sony mungkin akan memperkenalkan Windows Phone mereka tahun ini

    1 Januari 2014 - Berdasarkan maklumat yang diterima daripada The Verge dan The Information, pihak Sony berkemungkinan bakal memperkenalkan telefon Windows Phone merek pada tahun ini. Sekiranya maklumat ini sahih, ini bermakna Sony bakal memecah tradisi mereka sebagai pengeluar telefon Android sahaja dan mula menjadi pesaing terbaru buat Nokia yang sememangnya sedang mendominasi dunia Windows Phone. Sony dikatakan bakal menggunakan penjenamaan Sony Vaio untuk telefon pintar berkenaan.

    Sekiranya Sony menyertai keluarga Windows Phone, ini bermakna ia akan memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna di samping peningkatan bilangan aplikasi yang terdapat di dalam sistem operasi berkenaan. Selain Nokia, Samsung dan HTC juga mengeluarkan telefon pintar Windows Phone mereka namun usaha yang diletakkan adalah tidak sehebat seperti yang dilakukan ke atas telefon-telefon Android mereka.

    Windows Phone masih lagi menjadi sistem operasi ketiga terpopular di dunia dan didahului oleh Android dan iOS. Mungkinkah penyertaan Sony di dalam keluarga Windows Phone bakal membuka suatu lembaran baru untuk sistem operasi daripada Microsoft ini? Apakah pula pendapat Nokia pula dengan berita ini?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain