• Spotify kini boleh didengari secara percuma di peranti mudah alih


    9 Januari 2014 - Spotify telah mengemaskini aplikasi mereka di iOS dan Android bagi membolehkan pengguna untuk mendengar lagu-lagu di dalamnya secara percuma di peranti mudah alih. Sebelum ini, Spotify hanya membenarkan pengguna untuk mendengar lagu-lagu yang terdapat di dalamnya secara percuma melalui komputer. Pengguna tidak lagi perlu mendapatkan akaun Premium Spotify bagi menikmati fungsi yang sama di peranti mudah alih mereka. Antara fungsi percuma yang telah dikemaskini di dalam Spotify versi mudah alih adalah:

    Senarai lagu sendiri: Spotify membenarkan pengguna untuk mendengar lagu-lagu yang telah disenarai pendek oleh pengguna itu sendiri di samping membuka senarai baru lagu-lagu yang diminati.

    Pencarian lagu-lagu: Pengguna boleh mencari lagu-lagu yang terdapat di dalam Spotify di samping menemui senarai lagu-lagu yang telah dibuat oleh rakan-rakan mereka sebelum ini.


    Terdapat beberapa perbezaan yang utama antara akaun percuma dan Premium Spotify di mana pengguna tidak boleh mendengari lagu-lagu berkenaan tanpa sambungan Internet sekiranya menggunakan akaun percuma. Malah, kualiti lagu-lagu yang terdapat di dalam akaun versi percuma adalah tidak setinggi kualiti pada versi Premium. Pengguna akaun percuma juga akan dapat melihat dan mendengar iklan ketika menggunakan aplikasi berkenaan.

    Fungsi terbaru daripada Spotify untuk peranti mudah alih ini sudah pasti akan meningkatkan bilangan pengguna aplikasi berkenaan kerana kebanyakkan pengguna sudah mula berminat untuk mendengar lagu melalui storan muzik di Internet bagi menjimatkan ruangan storan peranti mudah alih mereka.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain