• Apple sedang membangunkan produk yang boleh mengesan serangan jantung?


    17 Februari 2014 - Kejayaan produk teknologi berasaskan kesihatan seperti Nike FuelBand, Jawbone Up dan banyak lagi telah menarik minat lebih banyak pembangun teknologi di seluruh dunia untuk menghasilkan lebih banyak produk teknologi berasaskan kesihatan pengguna. Terkini, Apple dikatakan berminat untuk membangunkan sebuah produk yang mampu mengesan serangan jantung di peringkat awal.

    Laporan daripada San Francisco Chronical mengatakan produk tersebut boleh mengesan bunyi pergerakan darah di dalam badan pengguna. Bunyi yang dihasilkan mempunyai frekuensi yang berbeza dan akan dianalisis untuk mengetahui tahap kesihatan jantung. Apple dikatakan sedang bekerjasama dengan seorang jurutera bunyi bernama Tomlinson Holman untuk mengenalpasti bunyi pergerakan darah. Holman merupakan nama yang terkenal dalam menghasilkan teknologi bunyi seperti sistem THX Lucas Film dan sistem bunyi 10.2 pertama.


    Mungkinkah analisis yang diperoleh daripada bunyi pergerakan darah akan memberikan keputusan yang lebih tepat berbanding pengiraan kadar denyutan nadi yang sering digunakan pada masa kini? Adakah pengguna di seluruh dunia bersedia untuk mengasimilasikan teknologi ke dalam kesihatan mereka dengan sepenuhnya?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain