• Fuel : Pengecas telefon terkecil di dunia



    16 Febaruari 2014 - Penggunaan pengecas telefon mudah alih kian popular di kalangan pengguna terutama apabila kapasiti bateri telefon pintar yang sedia ada tidak mencukupi untuk kegunaan seharian. Terdapat pelbagai jenis pengecas telefon mudah alih yang terdapat di pasaran dan kebanyakkan mampu memberikan proses pengecasan telefon pintar sehingga 5-6 kali. Walau bagaimanapun, semakin tinggi kapasiti pengecas mudah alih ini, semakin besar saiz produk berkenaan.


    Oleh itu, sebuah syarikat daripada United Kingdom bernama Firebox telah memperkenalkan sebuah pengecas telefon mudah alih terkecil di dunia iaitu Fuel. Ia sangat kecil dengan ukuran sebesar 3.3cm x 2.3cm x 1.3cm sahaja. Bersesuaian dengan namanya, rekaan luaran Fuel ini seakan seperti sebuah bekas penyimpan minyak kenderaan ketika kecemasan. Jika dibandingkan, ia bersaiz seperti sebuah pemadam dan boleh dijadikan sebagai gelang kunci.


    Walau bagaimanapun, pengecas terkecil ini tidak mampu mengecas telefon pintar anda secara keseluruhan kerana ia hanya berkapasiti 220mAh sahaja. Ia cukup untuk menjanakan semula telefon yang kehabisan bateri selama 20-30 minit. Menurut perekanya, produk ini direka khas di saat pengguna mengalami kecemasan untuk membuka telefon yang kehabisan bateri. Pengguna tidak perlu membawa kabel mikro USB ke mana-mana kerana Fuel mempunyai sambungan mikro USB yang sedia ada. Sayang sekali pengguna iPhone tidak boleh memanfaatkan fungsi ini.

    Fuel dijual pada harga RM 138 (£24.99) dan penghantaran ke Malaysia akan dicaj sebanyak RM30 (£5.25).

    Laman rasmi : Firebox Fuel
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain