• HTC One, One Mini dan One Max terima kemaskini Android KitKat di Malaysia


    11 Februari 2014 - Kemaskini Android KitKat mula diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di seluruh dunia bergantung kepada pengeluar telefon pintar. Kini, tiba pula giliran pengguna HTC One, One Mini dan One Max di Malaysia untuk merasai pengalaman menggunakan Android versi terkini ini. Kemaskini yang juga dikenali sebagai Android 4.4.2 telah mula disebarkan semalam di mana pengguna telefon pintar berkenaan akan menerima notifikasi untuk mengemaskini Android mereka secara automatik.

    Apakah kemaskini terbaru yang terdapat di dalam Android KitKat 4.4.2?
    • Perkhidmatan pencetakan melalui awan (tanpa wayar)
    • Penambahbaikan sistem keselamatan
    • Profil Bluetooth terbaru untuk menyokong lebih baik interaksi media
    • Penambahbaikan pada pengurusan memori telefon

    Proses mengemaskini kepada Android KitKat harus dilakukan melalui sambungan WiFi dan ketika bateri telefon pintar masih penuh bagi mengelakkan sebarang masalah. Sekiranya anda seorang pengguna HTC One, One Mini ataupun One Max dan masih belum menerima sebarang notifikasi untuk kemaskini, anda boleh pergi ke bahagian Settings > About > Software Update untuk membuat semakan.

    Pada masa ini, tidak terdapat banyak telefon pintar di Malaysia yang menggunakan Android KitKat. Antara yang terawal menerima kemaskini ini adalah Samsung Galaxy S4, Note 3, serta LG Nexus 5. Pengguna Sony juga dikatakan bakal menerima kemaskini ini untuk Xperia Z1 tidak lama lagi.


    Sumber informasi : GSMArena
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain