• iPhone bersama Flappy Bird di eBay mencecah harga RM447 ribu



    10 Februari 2014 - Agak menarik sekali trend terkini yang mula melanda di dalam eBay di mana pengguna mula menjual iPhone-iPhone mereka yang masih mempunyai permainan popular Flappy Bird. Jualan iPhone yang mempunyai permainan berkenaan kian menjadi-jadi sehinggakan ada yang menawarkan harga yang tidak masuk akal sehingga mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit.


    Segalanya bermula apabila pembangun aplikasi berkenaan mula menarik semula aplikasi Flappy Bird daripada App Store dan Google Play pada hari ini. Permainan berkenaan mula menjadi popular sejak akhir-akhir ini kerana ia mempunyai konsep yang hampir menyamai permainan Super Mario. Ia menjadi bualan ramai sehinggakan terdapat banyak blog terkemuka mula menulis mengenainya.

    Oleh kerana itu juga, pembangun Flappy Bird bimbang beliau akan disaman oleh syarikat besar seperti Nintendo atas alasan melanggari hak reka cipta. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi mengapa permainan berkenaan ditarik balik daripada pihak pembangunnya. Apa yang pasti permainan ini berjaya mencipta rekod keuntungan sebanyak USD50,000 sehari buat pembangunnya, Dong Nguyen.

    Adakah anda salah seorang yang masih mempunyai aplikasi Flappy Bird di dalam telefon pintar anda?

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain