• Keluarga telefon Nokia X pertama yang menggunakan Android


    25 Februari 2014 - Di permulaan hari Mobile World Congress 2014 (MWC2014), Nokia telah membuka mata banyak pihak melalui pengenalan keluarga telefon Nokia X yang terbaru. Telefon-telefon ini merupakan pengganti kepada keluarga Nokia Asha yang sedia ada dan dijanakan dengan sistem operasi terkenal, Android.

    Ini merupakan suatu langkah yang menarik dan pelik terutama apabila Nokia telah dibeli oleh Microsoft pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, Nokia X ini tidak menggunakan Android versi biasa. Ia menggunakan Android yang telah diubah suai menepati rekaan dan citarasa Nokia sendiri. Sedikit sebanyak ia menghampiri kepada rekaan Windows Phone 8.



    Keluarga Nokia X terbaru terdiri daripada tiga telefon iaitu Nokia X (RM400), Nokia X+ (RM445) dan Nokia XL (RM490). Kesemua telefon berkenaan hadir dalam pelbagai warna yang berlainan sama seperti Nokia Asha. Malah, rupa luaran telefon-telefon ini juga mirip kepada Nokia Asha.

    Terdapat beberapa aplikasi yang telah sedia dimuat turun di dalam telefon berkenaan iaitu Nokia Here Maps, Nokia MixRadio, Microsoft OneDrive, Outlook.com, Skype, BBM, Plants vs Zombies 2, Viber, Vine, dan Twitter. Menariknya, telefon-telefon ini menyokong penggunaan dwi-SIM bersesuaian dengan kehendak pengguna masa kini terutamanya di Asia.


    Berikut adalah spesifikasi untuk Nokia X, X+ dan XL:



    Secara peribadi, Nokia X ini agak ringkas jika dibandingkan dengan Nokia Lumia mahupun telefon Android buatan Samsung, HTC mahupun Sony. Mungkin ia tidaklah sehebat telefon Android berkuasa tinggi seperti Samsung Galaxy Note 3 dan HTC One, namun harganya pasti menarik perhatian mereka yang berpendapatan sederhana dan mereka yang masih belum bekerjaya. Ada beberapa pihak yang menjangkakan telefon ini bakal boleh diubahsuai secara tidak rasmi oleh peminat CynogenMod. 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain