• Kemaskini iOS 7.0.6 kini bermula


    24 Februari 2014 -  Pengguna iOS di Malaysia kini sudah boleh mengemaskini iPhone, iPad dan iPod Touch mereka kepada versi terbaru iOS 7.0.6 bermula hari ini. Kemaskini ini boleh dilakukan secara tanpa wayar melalui OTA (Over The Air) ataupun melalui sambungan kepada iTunes. Tidak banyak perubahan yang diperkenalkan di dalam kemaskini kali ini cuma lebih ditumpukan kepada verifikasi kawalan sekuriti SSL.


    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa laporan yang mengatakan pengguna iPhone 5S menghadapi masalah selepas kemaskini ini dilakukan. Ada yang mengadu telefon mereka tidak boleh dibuka semula selepas kemaskini. Kebanyakkan kes-kes
    ini dilaporkan di Twitter namun angkanya tidaklah besar. Sebagai langkah keselamatan awal, pengguna digalakkan untuk membuat salinan sandaran terlebih dahulu sebelum mengemaskini.

    Sumber : Techie News UK 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain