• LG G2 Mini dihasilkan bagi menyaingi Motorola Moto G?


    19 Februari 2014 - Sudah menjadi trend di kalangan pengeluar telefon di seluruh dunia untuk menghasilkan sebuah telefon pintar mini selepas mereka memperkenalkan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi tinggi. LG telah memperkenalkan LG G2 Mini hari ini di mana ia adalah versi mini kepada LG G2. Sama seperti namanya, telefon ini bersaiz lebih kecil dengan saiz 4.7 inci sahaja. Pengenalan LG G2 Mini ini juga sejajar dengan ketibaan Kongres Mudah Alih Sedunia (Mobile World Congress - MWC2014) yang bakal berlangsung pada penghujung bulan ini.

    Telefon mini ini mempunyai kuasa cip pemprosesan empat teras Snapdragon 800, beserta RAM 1GB. Tidak seperti abangnya, LG G2 Mini menggunakan paparan qHD (540 x 960) sahaja. Dengan storan dalaman sebesar 8GB dan kamera dengan sensor 8 megapiksel, ia sudah cukup untuk membenarkan pengguna mengambil gambar yang biasa. Menariknya, telefon ini menggunakan sistem operasi Android KitKat terkini iaitu versi 4.4. Mungkinkah telefon terbaru LG ini boleh menyaingi populariti Motorola Moto G dari aspek harga dan saiz?

    LG G2 Mini dijangka akan mula dijual di Rusia terlebih dahulu seawal bulan Mac manakala pengguna di Asia, Eropah dan Amerika dijangka bakal menerima jualan telefon berkenaan pada bulan berikutnya. LG bakal memberikan informasi lebih lanjut berkaitan harga telefon ini ketika MWC2014 berlangsung pada 24-27 Februari 2014 di Barcelona, Sepanyol.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain