• Nexus 5 bakal hadir dalam warna merah?


    4 Februari 2014 - LG dan Google berkemungkinan akan memperkenalkan telefon pintar Nexus 5 dalam warna merah pada minggu ini berikutan penerimaan yang begitu tinggi di kalangan para pengguna. Gambar ini telah dikongsikan oleh evleaks di Twitter. Pada masa ini, Nexus 5 hanya hadir dalam dua warna sahaja iaitu putih dan hitam.

    Nexus 5 merupakan gajet terkini hasil kerjasama Google bersama LG dan didatangkan dengan spesifikasi yang amat menarik. Ia menyokong 4G LTE di samping menggunakan cip pemprosesan empat teras Krait 400 2.3GHz. Telefon ini juga merupakan salah satu telefon yang pertama menerima kemaskini Android Kit Kat terkini. Maka tidak hairanlah mengapa ia telah menerima markah 9.1/10 daripada laman blog teknologi popular, Engadget.

    Terdapat beberapa kemungkinan Google dan LG akan memperkenalkan lebih banyak warna untuk telefon ini. Sama-sama kita nantikan. Adakah anda berminat untuk memiliki sebuah Nexus 5? Buat masa ini ia sudah pun mula dijual di Malaysia secara tidak rasmi dalam lingkungan harga RM1,500 seunit.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain