• Samsung Galaxy S5 yang mementingkan tahap kesihatan pengguna


    26 Februari 2014 - Trend menghasilkan teknologi berasaskan kesihatan kian meningkat sejak akhir-akhir ini. Terkini, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy S5 yang amat dinantikan dengan sokongan pengesan kadar denyutan jantung dan sistem biometrik. Telefon keluaran syarikat daripada Korea Selatan ini merupakan telefon yang pertama di dunia yang mempunyai sistem pengesan kadar denyutan jantung yang diletakkan di bahagian belakang telefon. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu meletakkan jari mereka pada sensor.


    Selain daripada itu, Samsung Galaxy S5 juga dilengkapi dengan aplikasi S Health yang membantu pengguna merekod tahap kecergasan pengguna setiap hari. Aplikasi berkenaan mampu memberitahu pengguna tahap kesihatan, jarak perjalanan yang telah dilalui, kadar pembakaran kalori, dan banyak lagi. Ia juga boleh dihubungkan dengan jam tangn pintar terbaru Samsung iaitu Gear Fit dan Gear 2. Konsepnya sama seperti Nike+ FuleBand yang hanya boleh digunakan pada peranti iOS sahaja.

    Samsung juga memperkenalkan sistem biometrik mereka bagi tujuan keselamatan pengguna dalam mengakses kandungan di dalam Galaxy S5. Sama seperti sebuah iPhone 5S, kedudukan pengesan biometrik Galaxy S5 berada di kekunci Rumah (Home) telefon berkenaan. Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu meleretkan jari mereka pada kekunci ini dari atas ke bawah. Selain daripada itu, pengguna juga boleh menggunakan sistem biometrik ini ketika pembelian aplikasi dengan sokongan PayPal.

    Walau bagaimanapun, hanya beberapa negara seperti Amerika, United Kingdom, Ireland, Perancis, Jerman, Itali, Belgium, Belanda, Luxembourg, Sepanyol, Portugal, Austria, Denmark, Finland, Norway, Sweden, Switzerland, Poland, Turki, Brazil, Argentina, Mexico, Rusia, Australia, Singapore, dan Hong Kong sahaja yang boleh menggunakannya. Tidak pasti sama ada Malaysia bakal menerima sokongan PayPal bersama sistem biometrik Galaxy S5.


    Samsung Galaxy S5 juga kalis air dan debu. Ini menjadikan telefon ini sebagai pesaing terbaru buat Sony Xperia Z. Ia mendapatkan sijil pengiktirafan daripada IP67 kerana mampu bertahan daripada peluh, hujan, cecair, pasir dan debu.

    Dari segi spesifikasi yang lain, Galaxy S5 menyerlah pada kameranya kerana menggunakan sensor 16 megapiksel dengan sokongan auto-fokus pantas dan HDR. Seperti yang dijangka, ia menggunakan Android KitKat 4.4 dengan skrin bersaiz 5.1 inci. Walaupun Samsung pernah memperkenalkan cip pemprosesan lapan teras suatu ketika dahulu, telefon ini masih lagi menggunakan cip empat teras sebagai penjana utamanya.

    Berikut adalah spesifikasi penuh Samsung Galaxy S5 yang dijangka dijual bermula bulan April 2014:

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain