• Sony bakal mematikan penjenamaan VIAO


    7 Februari 2014 - Sony telah membuat kejutan apabila mereka dikatakan bakal mematikan penjenamaan komputer riba VIAO tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, segala aset berkaitan teknologi komputer riba syarikat berkenaan akan dijual kepada Japan Industrial Partners pada bulan Julai ini. Menurut Sony, tindakan mematikan jenama VIAO adalah untuk memberi tumpuan kepada penghasilan telefon pintar dan tablet.


    Jenama VIAO sering dikaitkan dengan komputer riba Windows yang eksklusif dan mahal sesuai buat pengguna yang inginkan sesuai yang tampak elegan dan mewah berbanding komputer riba biasa. Nampaknya Sony tidak lagi percaya bahawa penjualan komputer riba akan memberikan keuntungan buat mereka di masa akan datang. Sony masih lagi mempunyai banyak produk lain untuk pasaran pengguna sedia ada seperti permainan konsol, pemain MP3/MP4, kamera digital, TV, tablet dan telefon pintar.


    Sudah pasti tindakan Sony ini akan menjejaskan pihak Microsoft yang menghasilkan sistem operasi Windows. Kelihatan syarikat-syarikat pengeluar gajet yang lain juga lebih berminat untuk menghasilkan lebih banyak tablet berbanding komputer sejak akhir-akhir ini. Mungkinkah sudah tiba masanya untuk Microsoft memberikan tumpuan sepenuhnya pada teknologi mudah alih?

    Sumber informasi : US Finance Post
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain