• TalkBand B1 - Jam tangan pintar pertama Huawei


    23 Februari 2014 - Kini merupakan giliran syarikat daripada China, Huawei untuk memperkenalkan jam tangan pintar pertama mereka. Ia diberi nama TalkBand B1 dan mampu merekod kadar keaktifan pengguna setiap hari sama seperti sebuah Nike+ Fuelband. Antara perkara utama yang direkod oleh gajet ini adalah bilangan langkah, jarak yang telah dilalui, kalori yang dibakar serta tahap kenyenyakan tidur seorang pengguna.

    Selain daripada itu, TalkBand B1 ini juga mampu menjawab panggilan telefon dengan mudah. Jam tangan pintar ini boleh dihubungkan kepada peranti Android mahupun iOS melalui sambunagn NFC. Untuk memudahkan pengguna menjawab panggilan, jam ini juga dihubungkan dengan fon telinga tanpa wayar melalui Bluetooth 4.1.


    Peranti terbaru Huawei ini dijangka boleh bertahan selama 6 hari bergantung kepada cara penggunaan, namun ia memerlukan masa selama 2 jam untuk dicas sepenuhnya. Ia dijangkakan akan mula dipasarkan di China mulai bulan Mac 2014 manakala Jepun, Timur Tengah, Rusia dan Eropah akan menerimanya pada permulaan suku kedua 2014. Tiada sebarang harga yang telah diumumkan buat masa ini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain