• Telefon LTE pertama Lenovo bakal hadir di Malaysia pada bulan ini


    6 Februari 2014 - Jenama Lenovo di dalam dunia pengeluaran telefon pintar kian meningkat naik di industri berkenaan terutama apabila mereka membuat kejutan dengan mengambil alih syarikat Motorola daripada Google. Syarikat yang berasal dari China ini bakal memperkenalkan telefon pintar 4G LTE pertama mereka, Vibe Z di Malaysia pada bulan Februari 2014.


    Lenovo Vibe Z merupakan sebuah telefon yang memiliki skrin 5.5 inci dengan ketebalan 7.9mm sahaja. Malah ia juga tidak begitu berat dengan keberatan 147 gram sahaja. Vibe Z menggunakan teknologi skrin paparan IPS definisi tinggi dan dijanakan oleh cip pemprosesan empat teras - Qualcomm Snapdragon 800 Quad 2.2 GHz. 2GB memori RAM dan 16GB storan dalaman dijangka mampu memenuhi kepuasan pengguna.


    Lenovo juga amat terkenal dengan ketahan jangka hayat bateri mereka. Oleh itu, Vibe Z mempunyai kapisiti bateri sebesar 3,000 mAh dan dijangka mampu bertahan sehingga 33 jam masa berbual. Kamera belakang dengan sensor 13.1 megapiksel dipadankan dengan kamera 5 megapiksel di bahagian hadapan. Walau bagaimanapun, telefon ini masih lagi menggunakan Android 4.3 (JellyBean) dan bukannya Android 4.4 (KitKat) terbaru.



    Lenovo Vibe Z ini dijangka akan dijual dalam harga sekitar RM1,800 seunit. Nampaknya dunia telefon pintar kini mula beralih arah kepada telefon bersaiz 5 inci ke atas.

    Maklumat lanjut di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain