• Whatsapp dibeli oleh Facebook pada harga RM52.7 Billion


    20 Februari 2014 - Aplikasi permesejan popular, Whatsapp kini telah dijual kepada Facebook awal pagi tadi pada harga USD16 Billion (RM52.7 Billion). Sudah pasti berita ini agak mengejutkan bagi semua pihak kerana tiada sebarang khabar angin yang mengatakan trasaksi ini bakal berlaku.

    Walaupun Facebook sudah memiliki Whatsapp, aplikasi permesejan berkenaan tetap akan beroperasi secara berasingan daripada Facebook yang sedia ada, sama seperti aplikasi Instagram. Whatsapp pada masa ini sudah memiliki lebih daripada 450 juta pengguna aktif setiap bulan. Pada masa kini, pesaing terdekat Whatsapp adalah Line dan WeChat. Namun, jarak persaingan antara aplikasi-aplikasi ini bakal menjadi lebih jauh sekiranya Facebook berhasrat untuk menggabungkan Whatsapp dan Facebook Messenger.


    Sumber informasi : Techcrunch
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain