• Yes memberikan sebuah tablet percuma setiap hari sehingga 31 Mac


    5 Februari 2014 - Syarikat telekomunikasi di bawah YTL, Yes telah memulakan kempen pemberian tablet percuma setiap hari bermula 2 Januari yang lalu sehingga 31 Mac ini. Sebuah tablet akan diberikan setiap hari kepada pelanggan Yes yang berjaya mengisi borang kajian harian pada masa terpantas. Terdapat 90 buah tablet yang boleh dimemenangi oleh semua pengguna baru Yes termasuklah Acer Iconia B1, Lenovo A1000, Samsung Galaxy Tab 3 7.0", Asus MemoPad HD 7, dan iPad Mini dengan paparan Retina.


    Pelanggan Yes yang layak menyertai kempen ini adalah pengguna:
    • Super 48 / 59 / 68 / 79 / 98 /  109 + Device Bundle
    • Pelan Yes 4G Chromebook 
    • Pelan Bestari Chromebook
    • Pelan Unlimited FIZ 1Mbps
    • Go / Huddle / Huddle XS / Zoom Starter Pack
    Menariknya, pengguna yang sedia ada boleh menghantar penyertaan berkali-kali untuk berpeluang memenangi sebuah tablet. Namun, mereka yang sudah memenangi tablet tidak dibenarkan untuk memenanginya buat kali kedua.

    Maklumat lanjut, sila layari laman web Yes
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain