• Apple CarPlay suatu evolusi ekosistem iOS di dalam kenderaan


    4 Mac 2014 - Seperti yang dijangkakan, Apple telah memperkenalkan sistem CarPlay untuk beberapa pengeluar kenderaan terpilih untuk tahun 2014. Apple CarPlay dijangka akan memberikan pengalaman yang lebih menarik dan mudah terutamanya dalam menepati inspirasi Apple untuk menjadikan ekosistem mereka sebahagian daripada cara kehidupan pengguna.

    Bermula pada tahun ini, kenderaan terbaru bakal dilengkapi dengan Apple CarPlay untuk membolehkan pengguna menjawab dan membuat panggilan, menghantar mesej, mendengar muzik, serta mengetahui arah perjalanan ke sesuatu destinasi. Inspirasi produk ini adalah untuk memastikan pengguna menjadi lebih fokus di jalan raya.



    Selain daripada itu, sistem CarPlay juga akan dilengkapi dengan sokongan Siri. Buat masa ini sistem GPS CarPlay masih menggunakan aplikasi Maps rasmi daripada Apple namun dijangkakan akan terdapat lebih banyak aplikasi GPS yang boleh diintegrasikan bersama-sama CarPlay di masa akan datang termasuklah Waze dan Google Maps.


    Antara aplikasi lain yang terdapat pada CarPlay adalah Spotify, Podcasts, Beats Radio, iHeart Radio, dan Stitcher. Tiada lagi App Store yang disertakan bersama buat masa ini. Malah, hanya iPhone 5S, 5C dan 5 sahaja yang boleh dihubungkan kepada CarPlay.

    Berikut adalah senarai pengeluar kenderaan yang bakal menyokong sistem Apple CarPlay bermula tahun ini:


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain