• Cortana - Siri versi Windows Phone


    4 Mac 2014 - Sejajar dengan kemaskini Windows Phone 8.1 tidak lama lagi, Microsoft bakal memperkenalkan bantuan suara seumpama Siri (Apple) dan Google Now untuk pengguna Windows Phone yang diberi nama Cortana. Sistem bantuan suara ini bakal menggantikan carian Bing yang sedia ada.

    Cara penggunaan Cortana juga hampir menyerupai Siri dan ia disokong oleh enjin carian Bing, Foursquare dan banyak lagi bagi menandingi fungsi yang terdapat pada Google Now. Menariknya, Cortana bakal diintegrasikan bersama-sama komputer riba yang menggunakan Windows 8. Ia akan cuba memahami seseorang pengguna melalui informasi yang disimpan di dalam kedua-dua peranti; komputer dan telefon.


    Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada pihak Microsoft akan terus mengekalkan nama Cortana untuk fungsi bantuan suara ini apabila Windows Phone 8.1 diumumkan secara rasmi.

    Sumber: The Verge
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain