• Facebook Messenger untuk pengguna Windows Phone 8

    5 Mac 2014 - Hari ini, Facebook telah melancarkan aplikasi Facebook Messenger untuk pengguna Windows Phone 8. Ini merupakan kerjasama antara Microsoft dan Facebook untuk memberikan pengalaman yang serupa ketika menggunakan media sosial popular di dalam Windows Phone. Persoalannya adakah pengenalan Facebook Messenger akan menggantikan fungsi terbina yang sedia ada terdapat di dalam Windows Phone?

    Melalui aplikasi rasmi Facebook Messenger untuk Windows Phone 8, pengguna berpeluang untuk menghantar pelekat (sticker), gambar, dan banyak lagi. Ia amat sesuai bagi mereka yang gemar berkomunikasi bersama-sama rakan di Facebook kerana fungsinya yang lebih lengkap. Fungsi lain yang disertakan bersama-sama adalah:

    • Komunikasi dalam kumpulan (group chat)
    • Berkongsi lokasi
    • Mengetahui apabila penerima sudah membaca mesej
    • Mengetahui siapa yang menggunakan Facebook Messenger dan mana yang tidak

    Facebook Messenger untuk Windows Phone 8 boleh dimuat turun di sini - Windows Phone Store.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain