• Fitbit terima 10,000 laporan berkaitan kerengsaan pada kulit pengguna


    13 Mac 2014 - Fitbit telah menerima sebanyak 10,000 laporan pengguna berkaitan masalah kerengsaan pada kulit yang berpunca daripada gajet terbaru mereka iaitu Fitbit Force. Force merupakan sebuah jam pintar yang mampu merekod aktiviti fizikal pengguna melalui kiraan pembakaran kalori, serta banyak lagi.


    Namun, setelah mengetahui gajet yang diperkenalkan mereka memberikan masalah kulit pada segelintir pengguna, pihak Fitbit telah menarik balik penjualan jam pintar berkenaan dan memberi peluang kepada pengguna untuk memulangkan semula Fitbit Force secara sukarela (bayaran balik akan dibuat dengan setiap pemulangan). Malah, laman rasmi Fitbit tidak lagi membenarkan pengguna untuk melihat informasi berkaitan gajet berkenaan.


    Masalah kerengsaan kulit berkemungkinan besar berpunca daripada jenis logam dan plastik yang digunakan untuk membuat Fitbit Force dan akan bertindakbalas dengan pengguna yang memiliki kulit sensitif.

    Tiada laporan sama ada pengguna di Malaysia juga boleh memulangkan semula jam pintar berkenaan dan mendapat bayaran balik.


    Laman Fitbit Force : http://www.fitbit.com/force
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain