• Gambaran awal Nokia Lumia 630

    7 Mac 2014 - evLeaks telah memuat naik sebuah gambar terbaru Nokia Lumia 630 di akaun Twitter mereka pada pagi ini. Telefon yang bakal menggunakan Windows Phone 8.1 ini kelihatan nipis dan terdapat beberapa perbezaan ketara daripada Nokia Lumia yang biasa iaitu ketiadaan denyar (flash) luar kamera dan kekunci kamera.

    Selain daripada itu, telefon ini juga kehilangan kekunci navigasi dan digantikan dengan kekunci maya. Pihak Microsoft nampaknya sedang mencuba mengurangkan kekunci sebenar pada Windows Phone bagi memberikan pengalaman yang sama seperti yang terdapat pada peranti Android.

    Dari segi harga, Nokia Lumia 630 dijangka akan dijual pada harga yang rendah dan mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan sederhana. Telefon ini juga merupakan antara telefon pertama di dunia yang bakal menggunakan kemaskini Windows Phone 8.1 terbaru.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain