• iPad Air diiktiraf sebagai tablet terbaik di MWC2014

    1 Mac 2014 - Walaupun Apple tidak menghadiri Mobile World Congress (MWC2014), tablet terbaru mereka iaitu iPad Air telah diiktiraf sebagai tablet terbaik di Global Mobile Awards. Pengiktirafan yang dilakukan setiap tahun ketika Mobile World Congress ini telah diadili oleh banyak juri yang berpengaruh.

    Menurut para juri, iPad Air menampilkan pakej yang mempunyai kelas tersendiri. Ia mempunyai ciri luaran yang menarik di samping ekosistem Apple yang lengkap dengan aplikasi-aplikasi yang direka khas untuk tablet berkenaan. Pada masa ini, iPad Air dijual di Malaysia pada harga serendah RM1,599 (versi 16GB WiFi) dan boleh mencecah sehingga harga RM2,999 (versi 128GB 3G).

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain