• Kereta dengan sokongan iOS akan diperkenalkan minggu depan

    1 Mac 2014 - Apple dijangkakan akan memperkenalkan sokongan iOS untuk kereta pada minggu depan ketika Geneva Motor Show. Tiga pengeluar kenderaan utama yang akan terlibat adalah Ferrari, Mercedes-Benz dan Volvo.

    Sistem sokongan iOS untuk kereta adalah termasuk penggunaan Apple Maps, menonton video, mendengar lagu dan muzik, menjawab panggilan telefon serta menghantar mesej.

    Selain daripada itu, dijangkakan akan terdapat lebih banyak lagi syarikat pengeluar kenderaan yang bakal menyokong sistem iOS ini termasuk Audi, Honda, Acura dan BMW. Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook sebelum ini pernah mengatakan mereka akan meluaskan ekosistem Apple ke dalam kenderaan.

    Adakah anda teruja dengan kemunculan kenderaan yang menggunakan sistem iOS?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain