• Moto 360: Jam tangan pintar Motorola


    19 Mac 2014 - Selepas pengumuman Google untuk sistem operasi "Android Wear" semalam, Motorola telah memperkenalkan sebuah jam tangan pintar bernama Moto 360. Ia menggunakan sistem operasi terbaru Google yang dioptimasikan untuk gajet seumpama jam.


    Berlainan daripada jam tangan pintar sebelum ini, Moto 360 memiliki rekaan bulat hampir sama seperti kebanyakan jam biasa yang terdapat di pasaran. Jam tangan Motorola ini kelihatan elegan dan tampak eksklusif bersesuaian dengan mereka yang mementingkan fesyen moden di pejabat. Sesetengah pihak menggelarkannya jam tangan pintar paling seksi buat masa ini.


    Dengan sistem Android Wear, Moto 360 berupaya memberikan notifikasi terkini kepada pengguna di samping sokongan Google Now yang disukai ramai. Antara informasi yang boleh diperoleh daripada jam ini adalah keadaan cuaca terkini, kalendar, GPS, dan banyak lagi.

    Motorola Moto 360: Laman Rasmi

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain