• Nokia X dijual di Malaysia pada harga RM399


    5 Mac 2014 - Nokia X akhirnya telah tiba di Malaysia setelah diperkenalkan di MWC2014 pada bulan lalu. Telefon Android pertama Nokia ini dijual pada harga RM399 dan kini boleh dibeli secara dalam talian di StoreKini.com (hasil kerjasama dengan Lowyat.net). Setiap pembelian Nokia X melalui StoreKini.com bakal menerima hadiah percuma bernilai RM50. Menurut Nokia Malaysia, Nokia X akan mula dijual secara rasmi mulai minggu depan.

    Melalui setiap pembelian Nokia X terbaru, pengguna di Malaysia akan mendapat 1 bulan panggilan percuma ke talian tetap ataupun mudah alih melalui Skype. Pengguna juga akan merima 10GB storan awan OneDrive secara percuma.


    Selain daripada itu, Nokia Malaysia juga telah membuka akaun rasmi Line bersempena kerjasama antara dua syarikat berkenaan. Menariknya pengikut Nokia Malaysia di Line berpeluang memenangi Nokia X mulai hari ini.

    Tiada sebarang pengumuman rasmi bilakah Nokia X akan ditawarkan secara pakej oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia.

    Berikut adalah spesifikasi bagi Nokia X:
    • Menyokong Dwi-mikro SIM
    • Satu kamera utama dengan sensor 3 megapiksel
    • Skrin bersaiz 4 inci
    • Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon S4
    • Ketahanan bateri sewaktu masa berbual sehingga 10.5 jam
    • Menggunakan Android yang telah diubahsuai (tiada Google Play Store)
    • Boleh ditambah storan menggunakan kad microSD sehingga 32GB
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain