• Nokia X kini boleh digodam untuk menggunakan Android sebenar

    2 Mac 2014 - Nokia baru sahaja memperkenalkan Nokia X yang dijanakan dengan Android. Walau bagaimanapun, telefon berkenaan tidak menggunakan sistem Android yang sering kita lihat pada telefon Samsung, HTC mahupun Sony. Oleh kerana itu, peminat setia Android telah berjaya menggodam Nokia X untuk menggunakan sistem Android sebenar termasuk menggunakan Google Play, Hangout dan Gmail.

    Melalui lima langkah yang mudah, pengguna Nokia X kini boleh menggubahsuai sistem operasi mereka menjadi lebih menarik. Langkah-langkah ini telah dikongsikan oleh salah seorang ahli forum Xda-Developer. Menariknya, pihak Nokia mengatakan mereka tiada masalah dengan perkara ini dan teruja melihat sokongan yang diperlihatkan oleh peminat mereka.

    Mungkinkah dengan adanya cara untuk menggodam Nokia X kepada Android sebenar akan meningkatkan lagi kadar jualan telefon berkenaan kelak?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain