• [Video] Sony SBH-20 - Fon Kepala Bluetooth yang menarik


    18 Disember 2014 - Sekiranya anda mencari-cari sebuah fon kepala (headset) yang mempunyai fungsi Bluetooth, saya ingin mencadangkan Sony SBH-20 sebagai salah satu produk yang mungkin dijadikan sebagai pilihan. Set fon kepala daripada Sony ini amat ringan dan mudah untuk digunakan untuk mereka yang mementingkan gaya dan juga kekemasan.


    Ia didatangkan dalam 7 warna yang berbeza iaitu kuning, ungu, merah, putih, hitam, merah jambu dan biru cair (cyan). Bentuknya seakan-akan seperti sebuah pemain MP3 biasa dan ini menjadikannya amat sesuai dengan citarasa pengguna zaman kini.

    Sony SBH-20 ini menggunakan sambungan Bluetooh 3.0 dan NFC kepada telefon pintar. Antara telefon yang menyokong fon kepala ini adalah Android, Nokia Lumia dan juga iPhone. Pengguna boleh menjawab telefon dengan mudah kerana terdapat butang kawalan yang mudah diakses bila diperlukan. Dari segi bunyi, SBH-20 menghasilkan bunyi yang baik bagi sebuah gajet Bluetooth.


    Ia memiliki bateri berkapasiti 110mAh dan mampu bertahan sehingga 6 jam waktu berbual. Menariknya, gajet Bluetooth ini dijual pada harga yang berpatutan iaitu pada RM170 seunit.

    Sony SBH-20 : Laman Rasmi
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain