• ABNxcess tawarkan Internet 5Mbps pada RM69.99


    19 April 2014 - Nama ABNxcess kian meningkat naik di kalangan para pengguna di Malaysia terutama buat mereka yang menginginkan sambungan Internet yang berkelajuan tinggi pada harga yang lebih rendah. Antara pakej terkini yang diperkenalkan oleh syarikat ini adalah Internet berkelajuan 5Mbps pada harga RM69.99 sebulan. Selain daripada itu, penggunanya juga akan mendapat 50 saluran IPTV percuma dan penggunaan data tanpa had.

    Drexar21 berkesempatan mengikuti program bersama ABNxcess sebelum ini untuk berpeluang melihat dengan lebih dekat perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Puchong berhampiran dengan Seri Kembangan. Menurut Sreedhar Subramaniam, Ketua Pegawai Eksekutif ABNxcess, pada masa ini perkhidmatan mereka meliputi beberapa kawasan di luar ibu kota seperti Puchong, Kepong, Subang serta Johor Bharu. Mereka akan cuba menawarkan perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi di luar kawasan tumpuan sejajar dengan usaha kerajaan yang sedia.

    Berikut adalah gambar-gambar sekitar sesi lawatan Drexar21 ke ibu pejabat ABNxcess:


    Dari segi pakej, terdapat 4 pakej utama yang ditawarkan buat pengguna iaitu 5Mbps, 10Mbps, 30Mbps dan 50Mbps. Pakej 300Mbps juga dikatakan bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Saluran TV yang didatangkan bersama adalah seperti di bawah. Kebanyakkan saluran yang ditawarkan adalah saluran yang baru dan tidak terdapat di dalam mana-mana penyedia IPTV dan TV Satelit tempatan.


    Bagi yang berminat untuk melanggan ABNxcess, anda boleh layari laman rasmi mereka di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain