• Facebook akan mengambil tindakan ke atas penyalahgunaan "Like" dan "Share"


    11 April 2014 - Dalam usaha mengoptimasikan ruangan News Feed pengguna, Facebook telah mengumumkan pelan untuk mendenda akaun Facebook yang mengumpan pengguna untuk menyukai (Like) atau mengongsikan (Share) kandungan mereka. Kandungan yang memaksa pengguna untuk melakukan aktiviti-aktiviti berikut merupakan salah satu penyebab utama ruangan News Feed di dalam Facebook menjadi tidak relevan dan dipenuhi dengan spam.

    Selain daripada itu, Facebook juga akan mengurangkan kandungan yang sering dikongsikan berulang kali di samping membuang pautan yang membawa pengguna kepada laman web yang tidak relevan (sebagai contoh: laman web yang dipenuhi dengan iklan).


    Walau bagaimanapun, anda yang tidak bersetuju dengan tindakan daripada pihak Facebook kerana pada mereka, pengguna berhak menentukan apakah kandungan yang popular yang ingin dikongsikan. Persoalannya, mengapa masalah News Feed yang dipenuhi dengan spam sering ditujukan kepada Facebook sahaja sedangkan ia dikongsikan oleh rakan-rakan mereka di Facebook. Oleh itu, beringat-ingatlah sebelum anda "Like", "Share" mahupun memberikan komen di dalam Facebook kerana apa yang anda lakukan akan dikongsikan bersama rakan-rakan anda di dalamnya.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain