• Samsung Galaxy S5 kini boleh di pra-tempah di DiGi


    10 April 2014 - Buat mereka yang menantikan kemunculan Samsung Galaxy S5, anda kini sudah boleh membuat pra-tempahan telefon berkenaan melalui laman web DiGi. Menariknya, setiap pra-tempahan akan menerima penggunaan data 9GB secara percuma untuk 3 bulan.

    Pengguna berpeluang untuk memiliki sebuah Samsung Galaxy S5 melalui 3 pakej yang diperkenalkan iaitu SmartPlan 78, SmartPlan 108 dan SmartPlan 148. Harga terendah yang ditawarkan oleh DiGi adalah RM1,199 dengan pakej SmartPlan 148. Namun perlu diingatkan, pengguna akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan sekiranya membuat pembelian dengan cara ini.


    DiGi menawarkan dua jenis Samsung Galaxy S5 iaitu hitam dan putih dengan kapasiti storan dalaman sebesar 16GB sahaja. Galaxy S5 menggunakan versi Android terkini iaitu 4.4.2 KitKat dengan pengesan denyutan nadi dan sistem biometrik. Ia mempunyai kamera 16 megapiksel dan dijanakan dengan cip pemprosesan empat teras 2.5GHz Krait 400.

    Bagi yang berminat untuk membuat pra-tempahan, anda boleh melayari laman DiGi di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain