• Tawaran pembelian Samsung Galaxy S5 melalui Maxis, DiGi dan Celcom


    18 April 2014 - Penjualan Samsung Galaxy S5 sudah pun bermula di Malaysia di mana kebanyakkan penyedia telekomunikasi alih telah menawarkan pakej yang menarik untuk para pengguna. Harga pasaran bagi sebuah Galaxy S5 adalah RM2,399 seunit.

    Celcom

    Celcom menawarkan harga terendah bagi sebuah Galaxy S5 iaitu pada harga RM988 dengan kontrak selama 24 bulan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa komitmen bulanan kepada Celcom adalah mencecah RM238 sebulan. Ia mungkin bersesuaian buat mereka yang tegar membuat panggilan dan menggunakan data (5GB) setiap bulan. Bayaran pendahuluan sebanyak RM1,200 juga diperlukan dengan jaminan rebat sebanyak RM120 untuk 10 bulan pertama.



    Buat mereka yang ingin komitmen bulanan yang lebih rendah dan kontrak yang lebih singkat bersama Celcom, terdapat juga pelan Prime yang menawarkan komitmen bulanan sebanyak RM78 sebulan dengan data 1GB sahaja. Galaxy 5 ditawarkan pada harga RM1,888 melalui pakej ini. Berikut adalah senarai penuh pakej yang diperkenalkan oleh Celcom:



    Maxis

    Maxis pula menawarkan pelan komitmen bulanan yang lebih rendah berbanding Celcom. Dengan bayaran RM30 sebulan, pengguna boleh memiliki sebuah Samsung Galaxy S5 pada harga RM1,899 sahaja. Namun, pengguna akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan. Pelan SurfMore30 ini hanya menawarkan penggunaan data 1GB selama sebulan sahaja dan pengguna akan dicaj untuk setiap panggilan dan SMS yang dihantar.


    Selain itu, Maxis turut memperkenalkan pelan TalkMore28 buat mereka yang lebih gemar membuat panggilan dan menghantar SMS. Komitmen bulanannya adalah sebanyak RM56 di mana hanya kuota data sebanyak 200MB sahaja yang diberikan. Galaxy S5 ditawarkan pada harga RM1,799 melalui pelan ini (kontrak 24 bulan).


    DiGi


    Seperti biasa, DiGi menawarkan pelan yang lebih mudah dan ringkas untuk para pengguna mereka. Terdapat 3 pelan yang ditawarkan iaitu SmartPlan78, SmartPlan108, SmartPlan148. Samsung Galaxy S5 boleh dibeli pada harga RM1,199 sahaja melalui pelan SmartPlan148 dengan kontrak selama 24 bulan. Pelan ini turut memberikan panggilan percuma selama 600 minit, penggunaan data sebanyak 6GB dan 600 SMS percuma.


    Selain daripada itu, pihak U Mobile juga bakal memperkenalkan pelan Samsung Galaxy S5 mereka pada 25 April kelak. Menariknya, pelan yang akan diperkenalkan tidak akan mengenakan sebarang bayaran pendahuluan seperti yang syarikat telekomunikasi yang lain.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain