• Infinity Blade 2 kini percuma di App Store


    29 Mei 2014 - Pihak Chair Entertainment Group, LLC telah mempromosikan siri permainan popular Infinity Blade 2 secara percuma di App Store pada hari ini. Menurut mereka, permainan berkenaan boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna iPad, iPod Touch dan iPhone dalam waktu yang terhad sahaja. Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

    Infinity Blade 2 merupakan permainan berasaskan role-playing di dalam iOS dan sambungan kepada Infinity Blade siri yang pertama. Ia dilancarkan pada 4 Oktober 2011, ketika pelancaran Apple iPhone 4S suatu ketika dahulu. Permainan ini sering diperkatakan ramai kerana ia merupakan salah satu permainan dalam bentuk 3D di dalam iOS yang menggunakan Unreal Engine 3 daripada Epic. Ia juga telah meraih lebih daripada 20 anugerah sejak ia dilancarkan.



    Sekuel kepada Infinity Blade 2 adalah Infinity Blade 3 di mana ia telah dilancarkan pada 18 September tahun lalu.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain