• iPhone 6 bakal muncul pada 9 September ini


    14 Ogos 2014 - Pihak Apple dijangka bakal memperkenalkan iPhone 6 pada 9 September 2014 ketika majlis sidang media mereka. Ramai yang menjangkakan Apple hadir dengan dua versi iPhone 6 iaitu skrin 4.7 inci dan 5.5 inci. Selain daripada itu, iPhone 6 bakal memiliki ketebalan yang lebih nipis berbanding iPhone 5S sebelum ini. Kedua-dua telefon yang bakal diperkenalkan ini berkemungkinan akan menjadi senipis iPod Touch yang sedia ada.

    Apple juga dikatakan akan menggunakan kristal Sapphire bagi menggantikan teknologi Corning Gorilla Glass. Kristal ini mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi berbanding bahan sebelum ini. Cip pemprosesan iPhone juga bakal dinaik taraf kepada A8 bagi memastikan proses pemprosesan yang lebih optimum dan pantas.


    Pada bahagian kamera pula, Apple akan menggunakan teknologi Optical Image Stabilization (OIS) untuk menghasilkan kualiti gambar yang lebih cantik dan jelas terutamanya apabila kamera bergegar. Teknologi seumpama ini juga telah digunakan oleh Nokia.

    Walau bagaimanapun, kelihatan keterujaan pengguna ke atas telefon terbaru daripada Apple ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Ia berkemungkinan ekoran terlalu banyak gambar dan maklumat yang telah dibocorkan oleh sesetangah pihak. Persoalannya adakah pengguna masih lagi akan terus menggunakan iPhone ataupun mereka sudah beralih kepada pengeluar telefon terbaru seperti Xioami?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain