• Pembangun Flappy Bird memperkenalkan permainan Swing Copters


    21 Ogos 2014 - Selepas menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada seluruh dunia, pembangun aplikasi permainan popular, Flappy Bird kini hadir dengan sebuah lagi permainan terbaru iaitu Swing Copters. Konsep permainan terbaru ini hampir menyerupai Flappy Bird namun telah diubahsuai dalam bentuk menegak berbanding melintang seperti sebelumnya.

    Seperti biasa, setiap pemain perlu melepasi setiap rintangan untuk mendapatkan markah tertinggi. Kawalan ke atas karektor di dalam permainan ini dilakukan dengan menekan skrin iPhone dan iPad anda berkali-kali ke arah kiri mahupun kanan. Secara peribadi, permainan ini tidaklah semudah yang disangka.


    Swing Copters boleh dimuat turun ke dalam iPhone, iPad mahupun iPod Touch melalui App Store secara percuma. Terdapat juga pilihan untuk membuang iklan di dalam permainan ini dengan caj USD1.29 sahaja. Berdasarkan rekod Flappy Bird, Dong Nguyen (pembangun aplikasi-aplikasi ini) berjaya memperoleh USD50,000 sehari.

    Cubalah permainan Swing Copters hari ini dan anda pasti akan ketagih dengannya.

    Pautan muat turun: Swing Copters

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain