• Anggaran harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus di Malaysia



    10 September 2014 - Apple iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telah pun diumumkan secara rasmi semalam oleh Tim Cook, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple. Seperti yang dijangkakan semua hampir semua maklumat yang diketahui awal sebelum ini adalah tepat dan serupa.

    iPhone 6 memiliki skrin bersaiz 4.7 inci manakala iPhone 6 Plus menampilkan skrin bersaiz 5.5 inci. Ini merupakan kali pertama bagi Apple untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar yang mempunyai skrin lebih daripada 5 inci. Selain daripada itu, kedua-dua iPhone berkenaan turut memiliki ketebalan yang lebih nipis daripada model yang sebelumnya dengan ukuran 6.9mm bagi iPhone 6 dan 7.1mm bagi iPhone 6 Plus.


    Penambahan pada saiz skrin juga diikuti dengan penambahan kualiti gambar yang dihasilkan pada skrin. iPhone 6 memiliki resolusi 1334x750 manakala iPhone 6 Plus hadir dengan resolusi 1920x1080.

    Selain daripada itu, cip pemprosesan kedua-dua iPhone 6 ini juga diperhebatkan dengan cip A8 64bit beserta cip M8 untuk memproses pergerakan. Secara keseluruhan, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus memiliki spesifikasi yang hampir serupa kecuali pada 3 bahagian iaitu:
    1. Saiz dan berat telefon
    2. Sistem penstabilan imej yang hanya terdapat pada model iPhone 6 Plus
    3. Kapasiti bateri
    Berikut adalah anggaran awal harga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus yang bakal dijual di Malaysia kelak:

    iPhone 6 16GB - RM2,399
    iPhone 6 64GB - RM2,799
    iPhone 6 128GB - RM3,099

    iPhone 6 Plus 16GB - RM2,799
    iPhone 6 Plus 64GB - RM3,099
    iPhone 6 Plus 128GB - RM3,499

    Maklumat lanjut: Apple 
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain