• Hyperlapse: Video selang masa kini lebih mudah


    2 September 2014 - Sekiranya anda gemar menggunakan fungsi video yang terdapat pada Instagram, anda mungkin ingin mencuba aplikasi terbaru bernama Hyperlapse. Aplikasi yang dihasilkan oleh pembangun yang sama ini mampu memudahkan pengguna biasa untuk menghasilkan video selang masa (time lapse) untuk dikongsikan ke dalam akaun Instagram mereka.


    Seperti yang semua sedia maklum, untuk menghasilkan sebuah video selang masa, pengguna memerlukan kesabaran yang tinggi di samping tripod bagi memastikan kestabilan rakaman berkenaan. Melalui aplikasi Hyperlapse ini, pengguna berupaya merakam video selang masa dengan hanya menggunakan tangan sahaja tanpa sebarang bantuan alat tambahan.


    Berikut adalah beberapa video yang telah dimuat naik ke dalam Instagram yang dihasilkan daripada aplikasi Hyperlapse ini:


    Laman rasmi : Hyperlapse
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain