• Clone Magic: Bantuan pengklonan dalam gambar


    3 September 2014 - Bagi mereka yang suka menangkap gambar untuk dikongsikan ke laman sosial, anda mungkin mencuba pelbagai cara bagi memastikan gambar yang ditangkap benar-benar kreatif dan mudah mendapat perhatian. Aplikasi Clone Magic yang dihasilkan oleh Tien Nguyen Van ini bakal membantu anda menghasilkan gambar yang lebih unik.

    Melalui aplikasi Clone Magic, pengguna berpeluang untuk menghasilkan klon di dalam sesebuah gambar. Teknik yang diperkenalkan amat mudah dan boleh diguna oleh pengguna biasa. Ia menggunakan konsep yang terdapat pada Adobe Photoshop namun diringkaskan bagi kegunaan di dalam iPhone. Terdapat tutorial ringkas di dalam aplikasi ini bagi memudahkan pengguna memahaminya.


    Aplikasi yang telah dikemaskini pada 30 April 2014 kian mendapat tempat di hati pengguna Malaysia pada ketika ini. Menariknya, aplikasi ini adalah percuma pada hari ini sahaja. Apa lagi, jom muat turun Clone Magic ke dalam iPhone anda dan pasti anda tidak akan menyesal.



  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain