• Pengguna membengkokkan iPhone 6 Plus di Apple Store


    30 September 2014 - Cerita berkaitan iPhone 6 Plus yang mudah dibengkokkan telah menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini. Menurut pengguna-pengguna yang menghadapi masalah berkenaan, iPhone 6 Plus mereka menjadi melengkung apabila ia disimpan di dalam poket seluar ketika mereka sedang duduk. Masalah ini sudah pasti telah mencalarkan imej Apple sebagai salah sebuah pengeluar telefon pintar terkemuka di dunia.

    Pada minggu lalu, Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa masalah iPhone 6 Plus yang mudah melengkung ini adalah tidak serius di mana hanya 9 laporan sahaja yang diterima berkaitan masalah berkenaan daripada pengguna mereka.

    Ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut sehingga ada yang telah mencuba untuk membengkokkan telefon pintar berkenaan di Apple Store, Amerika Syarikat. Dua budak nakal ini telah pergi ke salah sebuah Apple Store dan cuba untuk membengkokkan iPhone 6 Plus yang dipamerkan bagi membuktikan perkara ini boleh terjadi.

    Secara peribadi, apa yang dilakukan oleh kedua-dua budak ini sememangnya tidak wajar dan mereka hanya cuba mencari publisiti murahan di Youtube. Diharapkan tidak ada yang akan melakukan perkara sebegini di Malaysia juga kerana ia seumpama vandalisme dan anda mungkin akan dikehendaki membayar denda atas kerosakan yang telah dilakukan. Fikir dahulu sebelum bertindak.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain