• Apakah yang akan diperkenalkan oleh Apple pada 16 Oktober ini?


    9 Oktober 2014 - Apple bakal mengadakan sebuah majlis pada 16 Oktober ini di kampus Apple, Cupertino. Menggunakan mesej "It's been way too long" (Ia sudah terlalu lama), ia menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan para jemputan media. Sudah pasti ada yang mengandaikan Apple bakal memperkenalkan iPad generasi terbaru serta beberapa buah Mac yang dinaik taraf.

    Generasi terbaru iPad Air dan iPad Mini dijangka akan muncul pada acara berkenaan berikutan terdapat beberapa buah laman blog yang meniriskan informasi berkenaan spesifikasi peranti tablet tersebut. Jangkaan awal adalah iPad bakal menerima tambahan fungsi Touch ID untuk sistem pengesanan biometrik dan tambahan warna emas seperti yang ada pada iPhone 5S dan 6.

    Selain daripada itu, iMac juga diperkatakan akan didatangkan dengan paparan Retina bagi memenuhi permintaan yang sedia ada terutamanya di kalangan para pembina grafik. Sistem operasi terbaru OS X Yosemite untuk peranti Mac juga mungkin akan diperkenalkan pada hari tersebut kerana versi Beta telah diagihkan beberapa bulan yang lalu kepada para pembangun.

    Terdapat juga satu lagi kemungkinan Apple akan memperkenalkan MacBook Air 12 inci dengan paparan Retina. Namun, harapannya adalah amat tipis. Jadi, apakah peranti yang anda nanti-nantikan pada acara ini?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain